WANITA oh WANITA

JANGANKAN LELAKI BIASA , NABI PUN TERASA SUNYI TANPA WANITA,
TANPA MEREKA ,FIKIRAN DAN PERASAAN LELAKI AKAN RESAH,
MASIH MENCARI WALAU ADA SEGALANYA,
APA YANG TIADA DIDALAM SYURGA ? NAMUN ADAM TETAP RINDUKAN HAWA,
DIJADIKAN WANITA DARIPADA TULANG RUSUK YANG BENGKOK UNTUK,
DILURUSKAN OLEH LELAKI,
*******
TETAPI SEANDAINYA LELAKI ITU SENDIRI TIDAK LURUS ....
MANA MUNGKIN KAYU YANG BENGKOK MENGHASILKAN BAYANG YANG LURUS,
LURUSKANLAH WANITA DENGAN JALAN YANG DITUNJUK OLEH ALLAH SWT,
KERANA MEREKA DICIPTAKAN SEBEGITU RUPA OLEH ALLAH,
DIDIKLAH MEREKA DENGAN PANDUAN DARINYA,
JANGAN CUBA MENJINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, KERANA NANTINYA,
MEREKA SEMAKIN LIAR,
*******
JANGANLAH HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN , KERANA NANTINYA,
MEREKA AKAN SSEMAKIN DERITA, KENALKAN MEREKA ,
KEPADA ALLAH , ZAT YANG KEKAL,
DISITU PUNCA KEKUATAN DUNIA !
*******
AKAL SENIPIS RAMBUTNYA , TEBALKAN IA DENGAN ILMU,
HATI SERAPUH KACA, KUATKANLAH IA DENGAN IMAN,
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH IA DENGAN AKHLAK,
SUBURKANLAH IA KERANA DARI SITULAH NANTINYA,
MEREKA AKAN LIHAT NILAIAN DAN KEADILAN RABB,
BISIKKAN KE TELINGA MEREKA BAHAWA KELEMBUTAN BUKAN SUATU KELEMAHAN,
IA BUKAN DISKRIMINASI ALLAH, SEBALIKNYA DISITULAH KASIH DAN SAYANG ALLAH,
*******
WANITA YANG LUPA HAKIKAT KEJADIANNYA, PASTI TIDAK AKAN TERHIBUR,
DAN TIDAK AKAN MENGHIBURKAN,
TANPA IMAN, ILMU DAN AKHLAK, MEREKA TIDAK AKAN LURUS,
BAHKAN AKAN SEMAKIN MEMBENGKOK,
ITULAH HAKIKATNYA ANDAI WANITA TIDAK KENAL RABBNYA,
BILA WANITA MENJADI DERHAKA, PASTI DUNIA LELAKI AKAN MENJADI HURU-HARA,
*******
LELAKI PULA JANGANLAH MENGHARAPKAN KETAATAN SEMATA-MATA,
TAPI BINALAH KEPIMPINAN,
PASTIKAN SEBELUM WANITA MENUJU ILAHI, PIMPINLAH DIRI KEPADANYA,
JINAKKAN DIRI KEPADA ALLAH, NESCAYA AKAN JINAKLAH SEGALA-GALANYA
DI BAWAH PIMPINANMU
JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA'.
ANDAINYA DIRIMU TIDAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARAMALLAHUWAHAH.


Comments

Popular posts from this blog

~ hatiku sedang diuji ~

~ Selamat Hari Lahir Buat Puteri & Putera kami ~